Sabtu, 11 Mac 2017

MANFAAT RAUDHAH IQ

Manfaat yang harus diketahui
.

.
Untuk bahan asasnya kami gunakan Collestrum Gred A (Susu Awal Lembu) yang mana berbeza dgn 90% produk minda lain yang menggunakan bahan asas dari Gula tebu yg TIDAK begitu baik untuk kesihatan.
.
Produk ini tiada kesan sampingan puan kerana ianya 100% garam mineral dari tanah. Produk ini mengandungi 5 phos yang membantu meningkatkan kadar oksigen ke otak supaya otak kita sentiasa segar dan meningkatkan DAYA BERFIKIR dan DAYA FOKUS.
.
Selain daripada itu, produk ini juga diperkaya dengan formula R54 untuk keseimbangan emosi.
secara keseluruhannya, raudhah iq ni akan membantu utk:
✘Kurang keyakinan diri
✘Sukar Bangun Pagi
✘Lemah daya ingatan dan Malas
✘Kurang FOKUS
✘Selalu letih & tidak bertenaga
✘Cepat Gelabah
✘Tak dengar kata
✘Lemah Matematik
.
Nak tengok KEJAYAAN Raudhah IQ membantu anak-anak >> Klik Disini
.

Raudhah IQ diasaskan oleh :
Y.Bhg USTAZAH NOOR LAILA ANIZA BT ZAKARIA
PAKAR MOTIVASI, PANEL JEMPUTAN MOTIVASI PAGI TV3, TANYALAH USTAZAH TV9 & 3 USTAZAH DI ASTRI OASIS
.
Nak tahu stok promosi..? >> sila klik

LIKE  facebook page kami untuk lebih mengetahui lebih lanjut :
klik sekarang >> https://www.facebook.com/GeniusDenganRaudhahIQ/

5 Tips Pupuk Anak Bijak Matematik

Anak akak Minat Matematik..? Jom baca tips ni bermanfaat ni..



1.       Terapkan minat matematik dalam minda anak-anak. Pupuk minat ini sejak mereka kecil lagi seawal setahun.
2.       Matematik adalah subjek praktikal dan tak boleh dibaca atau dihafal. Jadi sentiasa buat latihan untuk mahir tentang selok belok cara pengiraan. Ada sesetengah pelajar belajar matematik dengan hanya membaca. Pembelajaran teori matematik adalah berbeza dengan teknik sebenar semasa membuat pengiraan. Semakin banyak latihan semakin cekap matematik. Jelaslah di sini adalah bentuk visual bukan hanya ingatan di memori semata-mata.
3.       Matematik adalah matapelajaran yang membentuk disiplin anak-anak. Walaupun memahami sesuatu topic tidak kita tidak akan dapat menjawab dalam tempoh yang diberikan jika tidak berdisiplin dalam menjawab soalan matematik. Mengikut kajian yang dijalankan kita pelu menyiapkan setiap satu soalan matematik dalam masa 3 minit sahaja.Jadi setiap kali menjawab harus merekod masa. Jadi merekod masa semasa membuat latihan harus dilakukan dengan disiplin.Cuba menjawab sepantas mungkin Untuk menjawab sepantas mungkin perlulah dengan latihan yang berterusan
4.       Mahu tidak mahu sifir perlu dihafal kerana ia adalah asas matematik. Kita sedia tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Bukan kata pelajar tingkatan lima yang diuji dengan sifir 7 pun tidak lepas tapi kita yang dewasa ni macam mana pula? Agak-agak boleh jawab tak kalau diuji dengan sifir 7 lepas tak puan? Hehe.. Sifir 5 boleh la kan? Alasan kita, ala kalkulator ada kan. Tu masa ada, kalau tak da? Menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Cuba kita lihat orang yang bijak sifir biasanya orang bijak. Kalaulah orang tu anak kita, mesti kita bangga kan? Anak bijak pun sebab kita jugak kan? Setuju puan?
5.       Azam tanpa usaha takkan ke mana. Jadi untuk berjaya dalam subjek matematik perlu menguasainya Subjek matematik ialah subjek yang paling menyeronokkan kerana menggunakan kebijaksaan kita membuat keputusan. Nak seronok kena la minat kan. Macam kita la dengan hubby kita dulu, mula-mula kena minat kat dia dulu kan, baru seronok ajak kawin..hehe..
.
 Macam admin dulu la. Mula-mula tak minat dengan matematik ni, tapi bila dah minat cikgu matematik yang garang pun kita jadi suka. Sampai macam tu sekalikan.

.
Didiklah anak-anak minat dengan matematik kerana ia subjek yang menyeronokkan atau subjek orang bijak. Setuju tak kalau saya cakap macam tu?
.
In sha Allah semua yang berlaku dengan izin-Nya. Yang harusnya kita berusaha dan berdoa
Amalkan Fatihah dan Alamnasrah di waktu pagi dan malam, mohon Allah permudahkan belajar anak-anak kita mudah  belajar.
.
Aminn..
.


Meera : Admin anakkbijka.blogspot.com
.. Diizinkan kongsi jika bermanfaat

Raudah IQ : menjadikan anak-anak cergas dan bijak..
Nak Tahu..? Sila Klik >>>  Di Sini

.
LIKE  facebook page kami untuk lebih mengetahui lebih lanjut :
klik sekarang >> DI SINI 
                         DI SINI

8 Tips Anak Bijak dan Cergas sejak dari kandungan lagi

Jom Baca >> Sangat Bermanfaat Untuk anak-anak kita

.

1. Pengetahuan Asas
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.

Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.

Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.

Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.

2. Pemakanan Sihat << sila klik
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

3. Sentuhan Kasih
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

4. Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.


5. Latihan Matematik
Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hhal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Tternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.

6. Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.

7. Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.

Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Kkhamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

8. Amalan Bacaan Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

sumber: pama

Raudhah iq ada bahan perantara ikhtiar membantu anak-anak genius dalam pelajaran..
.
ANTARA MANFAAT RAUDHAH IQ
Menyuburkan sel-sel otak
Meningkatkan daya fokus dan tumpuan
Melembutkan hati yang degil
Mudah faham, cepat ingat & ligat berfikir
Meningkatkan semangat belajar
Memudahkan hafalan
.
 kita hanya berusaha, ALLAH sajalah sebaik-baik perancangan..
.
jika kita tak berusaha adakah anak-anak akan berjaya..?
.
Korbankan sedikit simpanan untuk melihat Masa Depan anak yang cerah. Kalau bukan akak siapa lagi kan..?
.
.
WASAP SEKARANG atau akak bertangguh sehingga kejayaan anak akak pun akan turut bertangguh..nak macam tu ke..?
.
BERITA BAIK !!! Ada Tawaran khas jika wasap hari ini..
>>> PROMOSI Istimewa Musim Exam + PERCUMA alat tulis berkualiti
.
Whatsapp/SMS IQ ke 013 2555 157
Whatsapp/SMS IQ ke 013 2555 157


Whatsapp/SMS IQ ke 013 2555 157

Rabu, 8 Mac 2017

Hubungi Kami

Untuk Pertanyaan dan Tempahan ===> Sila Hubungi kami di :
.
Meera  / admin :: 013 3007 321  ( Whatsapp - Call - SMS
                            019 291 0142
                            013 2555 157
.
Hubungi Admin sekarang >> Klik Disini
.
Waktu Urus Niaga : 9.00 pagi hingga 10.00 malam

.
Facebook Page : Genius Dengan Raudhah IQ
Facebook Profile : Zaujah Wan
Instagram : wan_meera
.
p/s : Kami mohon maaf sekiranya terlambat membuat maklum balas pertanyaan tuan puan.Di samping itu, kami cuba melayani tuan puan sebaik dan secepat mungkin. In sha Allah

TEMPAHAN STOK PROMOSI

Promosi  SEMPENA MUSIM PEPERIKSAAN

.
Harga untuk satu botol raudhah iq hanya rm60.00, tapi ada TAWARAN BAIK  untuk lebih JIMAT,

Kami cadangan puan dapatkan 1 set 3 botol,  kalau ikut harga biasa 3 botol rm180.00 tapi dengan harga ISTIMEWA ini puan akan dapat dengan harga rm150 sahaja. Di sini puan akan jimat rm30.00.. banyakkan..?

3 botol boleh bertahan 6 bulan tau.. kiranya setengah tahun dah tu.. 😄😄😄

saya tak nak puan lepaskan peluang baik ni..
.
DEMI PENJIMATAN, pembelian boleh dilakukan secara berkongsi dengan kawan-kawan, jiran atau saudara mara..

taaapii.. ada tawaran lagi..
kali ni meera nak bagi 3 hadiah TERBAIK..

1. Pos Meera belanja 


2. Meera nak bagi Hadiah Alat Tulis kpd Ibu Bertuah..


3. *Hadiah eBook (buku digital) tips anak pintar berharga RM29.00 (ebook ni biasanya dijual)
.
puan nak cuba sebotol dulu..?

atau

nak set jimat / 3 botol kan..?

...........................................

Sila Buat bayaran di nombor akaun di bawah
.
- cimb 8602 96 8338 Idaman Hakiki Enterprise
- maybank 153 010 727 856 mohd mazuan mat omar (akaun suami)

lepas bank in tunjuk bukti bayaran anda dengan hubungi >>>
Meera / Admin 013 3007 321 - 013 2555 157 - 019 291 0142
Tempah SEKARANG >> Klik Disini

BERTINDAK SEKARANG.. masa depan anak bermula dengan tindakan kita sekarang

Selasa, 7 Mac 2017

JANGAN ABAIKAN PESANAN INI JIKA ANAK ATAU ADIK MASIH BERMASALAH DALAM PELAJARAN



JANGAN ABAIKAN POST INI JIKA ANAK ATAU ADIK AKAK MASIH BERMASALAH DALAM PELAJARAN
.
>>Apa perancangan akak utk masa depan mereka..?
.
ANTARA SIMPTON KEMOROSOTAN IQ
✘Kurang keyakinan diri
✘Sukar Bangun Pagi
✘Lemah daya ingatan dan Malas
✘Kurang FOKUS
✘Selalu letih & tidak bertenaga
✘Cepat Gelabah
✘Tak dengar kata
✘Lemah Matematik
.
Anak / Adik akak ada simptom macam tu kan? Jangan risau kak, kami ada penyelesaiannya untuk membantu anak-anak yang bermasalah dalam pelajaran.
.
Izinkan kami membantu mereka pula selepas dah ramai kami BERJAYA bantu.
.
Sila tengok testimony di sini >> https://goo.gl/Cpj7Im
.
Raudhah IQ : Diformulasikan oleh Ustazah Noor Laila Aniza, Pakar Motivasi & Panel Tanyalah Ustazah TV9 . Sesuai untuk semua peringkat umur
.
Kejayaan masa depan mereka terletak pada tindakan kita pada hari ini..
.
Whatsapp SEKARANG untuk bantu mereka >>  https://goo.gl/xLNA5c
                                                                               https://goo.gl/xLNA5c
                                                                               https://goo.gl/xLNA5c

.
p/s : stok promosi dlm tempoh terhad sahaja

Isnin, 6 Mac 2017

Kejayaan / Testimoni Raudhah IQ

Alhamdulillah..
.
Syukur ke hadrat ALLAH swt sehingga hari ini telah ramai kami membantu anak-anak yang bermasalah dalam pelajaran sehingga mereka mampu bersaingan dengan pelajaran yang bijak panai yang lain.
..
Izinkan kami bantu puan untuk membantu anak-anak turut berjaya dalam pelajaran.. Semestinya kita tahu pelajaran penting untuk masa depan mereka.
.
Masa depan mereka berada di tangan kita, Sama-samalah kita fikir, kita bukan kita siapa lagi akan membantu masalah depan. Masa depan mereka bermula dengan tindakan kita paa hari ini..
.
Jadi apa tindakan akak sekarang..? Exam penting suah dekat..
.
JOM TENGOK KEJAYAAN-KEJAYAAN DENGAN IZIN ALLAH YANG TELAH KAMI BANTU..
.





















LIKE  facebook page kami untuk lebih mengetahui lebih lanjut :
klik sekarang >> DI SINI 
                         DI SINI

Pengasas / Pemilik Raudhah IQ



.

Raudhah IQ diasaskan oleh :

Y.Bhg USTAZAH NOOR LAILA ANIZA BT ZAKARIA
PAKAR MOTIVASI, PANEL JEMPUTAN MOTIVASI PAGI TV3, TANYALAH USTAZAH TV9 & 3 USTAZAH DI ASTRI OASIS

Ahad, 5 Mac 2017

10 PERANAN IBU BAPA MEMBUAT PERSEDIAN UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

….baca sampai habis yee kak..
.
Berikutan musim peperiksaan yang makin menghampiri, artikel kali ini yang dirujuk daripada buku teknik memotivasikan anak – Dr. Tengku Asmadi,  saya ingin berkongsi dengan ibu bapa semua mengenai peranan yang wajib dibuat oleh semua ibu bapa untuk membantu anak menjelang peperiksaan.

1. FAHAMI TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH ANAK

Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Mungkin ada di antara mereka tidak menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat daripada segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka.

peperiksaan

Ada anak-anak yang rungsing lalu tidak berselera makan tetapi ada juga yang menjadi terlalu kuat makan. Ada yang tidak boleh tidur tetapi ada pula yang semakin banyak tidurnya.

Ada yang murung, marah-marah, sensitive dan sebagainya. Sememangnya perasaan bimbang menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku ini.

Sebagai ibu bapa , kita mesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan itu dengan lebih memahami mereka.

Nyatakan kepada mereka dengan jelas, apa yang kita harapkan daripada mereka hanyalah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka.

Nyatakan juga kepada mereka bahawa kecemerlangan akademik bukan hanya satu-satunya syarat bagi  mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini.

Ramai mereka yang gagal dalam pelajaran tetapi dapat hidup senang dan berjaya dalam bidang sukan, nyanyian, muzik, seni, lakonan, perniagaan dan lain-lain.

Apabila tinggal beberapa hari lagi menjelang peperiksaan, elakkan daripada menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang tidak diketahui penyelesaiannya kerana ini dapat membuatkan mereka rasa tidak bersedia.

Keyakinan diri tergugat dan ini menjejaskan prestasi ketika menjawab soalan-soalan yang mereka sedia ketahui.

Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberi sebarang komen apabila didapati perasaan anak terlalu tertekan sehingga ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkan perasaannya dengan mengatakan dia pasti gagal.

Perhatikan sahaja gelagat anak kerana biasanya luahan perasaan itu bukanlah perasaan yang sebenar. Dia tidak bermaksudkan apa-apa dengan kata-katanya. Ia sekadar melepaskan perasaan. Itu sahaja. Oleh itu biarkan anak itu seketika.

Selepas itu ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya adakan masa menonton cerita jenaka seketika. Berhibur dan bergelak ketawalah sekeluarga.

Ini dapat mengendurkan perasaan tegang dalam diri anak dan dia kini bersedia belajar semula.

Waktu ini, tanamkan keyakinan dalam diri mereka semula. Rancang bersama jadual ulang kaji mereka dan cuba mudah-mudahkan setiap langkah yang mahu diambil.

2. TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK

Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak.

Ada diantara mereka memang sudah membuat ulang kaji sejak awal lagi tetapi tetap tiada keyakinan diri.

Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu keyakinan itu datangnya daripada persediaan. Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah dia.

Persediaan ini pula bukanlah sekadar membaca, menghafal dan menyediakan nota semata-mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan mengeluarkan (output) maklumat.

Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan.

Proses mengeluarkan maklumat pula adalah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan menggunakan segala  pengetahuan yang diperolehi dalam proses mendapat maklumat itu tadi.

Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar mendapat mengalaman. Lebihkan latih tubi bagi mana-mana topik yang agak lemah ataupun bentuk soalan yang kurang dikuasai.

Seterusnya perhebatkan simulasi dengan menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut mengikut masa yang ditetapkan.

Lakukan proses simulasi ini seolah-olah dia benar-benar berada dalam dewan peperiksaan yang sebenar.

3. DORONG ANAK SECARA POSITIF

Ibu bapa perlu selalu memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif?

Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan menghasilkan gambaran minda yang juga positif.

Contohnya:

Bukan “Jangan buang masa” tetapi ucapkan “Manfaatkan masa”
Bukan “Jangan berputus asa” tetapi ucapkan “Berusahalah dengan lebih gigih lagi” ataupun “Mak percaya adik pasti BOLEH!”
Bukan “Jangan kelam kabut” tetapi ucapkan “Bawa bertenang.”
Malah banyak lagi contoh-contoh yang dapat diberikan.

4. KERJASAMA SEPENUHNYA

Apabila anak akan menduduki peperiksaan penting, maka keseluruhan ahli keluarga yang ada dalam rumah perlu memberikan kerjasama sepenuhnya.

Antaranya menghormati waktu ulangkaji anak itu dengan setiap ahli keluarga menjadikan waktu itu sebagai waktu belajar.

Misalnya ibu bapa dapat memanfaatkan waktu itu bagi membaca bahan-bahan bacaan yang berfaedah. Adik kecil pula diberi kertas dan pensel untuk bagi menconteng. Begitulah juga dengan ahli keluarga yang lain-lain.

Pastikan tiada seorang pun ahli keluarga yang menonton TV, mendengar radio, sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya, sedangkan  ada anak yang sedang bertungkus lumus menghadapi pelajarannya.

Dengan cara ini anak akan dapat merasakan perjuangannya dihargai.

5. KURANGKAN AKTIVITI LUAR

Elakkan daripada terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluar membeli-belah, makan di luar, balik kampong, menziarahi keluarga dan sebagainya. Ingatlah bahawa setiap minit amat berharga kepada anak.

Oleh itu pastikan setiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaannya menghadapi peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal ataupun rohani anak-anak.

Tambahan pula, kekerapan berada diluar rumah hanya hanya mendedahkan mereka pada perkara yang tidak diingini sama ada daripada segi kesihatan ataupun keselamatan.

6. ELAKKAN ANAK DARIPADA TIDUR LEWAT

Ada anak yang suka belajar sehingga lewat malam bagi menghabiskan ulang kaji mereka. Jangan biarkan keadaan seperti ini berlarutan.



Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.

Banyak maklumat yang dibaca ketika ini mudah diingati bagi tempoh masa yang lebih lama.

7. BERIKAN ANAK PELEPASAN TUGAS HARIAN.

Berikan anak layanan istimewa setiap kali menjelangnya peperiksaan.

Bebaskan dia daripada melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan sebagainya.

Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada orang lain seperti kakak, abang, adik ataupun ibu bapa sendiri.

Dengan cara ini, anak yang akan menduduki peperiksaan dapat merasakan seluruh ahli keluarga benar-benar mahu melihat dia cemerlang.

Dia akan timbul rasa bersalah sekiranya waktu yang diperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya, sedangkan semua orang memberikan kerjasama.

Dia juga akan mengharapkan suasana peperiksaan seperti ini akan datang lagi kerana seronok mendapat pelepasan tugas.

Anak-anak yang lain pula tidak ada sebab untuk cemburu kerana apabila tiba masa mereka, mereka juga akan dilayan dengan cara yang serupa.

8. NYATAKAN GANJARAN DENGAN JELAS

Jangan biarkan anak kita berteka teki mengenai ganjaran yang bakal dia terima sekiranya dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Nyatakan dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya.

Jika ia berbentuk kebendaan maka nyatakan dengan jelas apakah bendanya itu. Tunjukkan gambar mengenai apa yang mahu diberikan kepadanya.



Jika ia berbentuk suatu percutian, beritahu destinasi yang ingin dilawati nanti. Dapatkan risalah, cerita, serta gambar-gambar mengenai destinasi itu dan tunjukkan padanya. Jika ia dalam bentuk duit, nyatakan dengan jelas mengenai jumlahnya.

Namun dalam soal bab duit ini ibu bapa perlu bertindak bijak. Sebabnya, jika kita beritahu kepada anak, “Kakak, setiap A yang kakak dapat dalam PMR, nanti ayah akan berikan RM50”, maka ia mungkin memerangkap kita kembali.

Apabila anak tahu dia lemah dalam subjek bahasa Inggeris maka dia tidak meletakkan kesungguhan bagi mendapat A kerana dia berfikir, jika dia mendapat 7A pun jumlahnya adalah RM350. Masih banyak lagi.

Oleh itu kita perlu meletakkan syarat dengan jelas dengan berkata, “Kakak, jika kakak mendapat 8A dalam PMR maka setiap A itu nilainya ayah berikan RM50. Tetapi jika bukan 8A maka setiap A nilai itu ayah berikan RM30 sahaja.”

Dengan cara ini, anak-anak dapat menghitung sendiri, jika dapat 7A nilainya hanya RM210 sahaja berbanding RM400 bagi 8A. Perbezaan yang ketara ini secara tidak langsung mendorong anak berusaha mendapat 8A.

Ganjaran yang kabur atau samar-samar tidak dapat merangsang jiwa.

Misalnya elakkan daripada berkata, “Jika abang cemerlang dalam SPM, maka emak bawa abang melancong”. Sebaliknya kita perlu berkata, “Jika abang cemerlang dalam SPM, emak pasti bawa abang ke Beijing.”

Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan mampu kita tunaikan. Jika tidak, anak mungkin hilang kepercayaan kepada kita sebagai ibu bapa dan selepas itu, janji kita tidak anak dipercayai lagi.

Berikan juga ganjaran kepada usahanya, bukan sekadar hasil ataupun pencapaiannya sahaja.

Jika kita tahu anak sudah berusaha bersungguh-sungguh bagi  mencapai kejayaan namun keputusan peperiksaan tidak seperti yang dijangkakan, maka berikanlah dia sesuatu bagi menghargai penat lelahnya itu.

Ini menunjukkan yang kita memang mengambil berat dan prihatin kepadanya.

Dengan cara ini, anak akan menjadi lebih bersemangat untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.

9. AMBIL CUTI

Inilah masanya bagi ibu bapa memberikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak yang akan menduduki peperiksaan.

Ambil cuti beberapa hari dan usahakan menghantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan itu. Sepanjang perjalanan, terus berikan kata perangsang dan nasihat kepadanya.

Ingatkan anak sekali lagi, kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia peroleh, yang penting dia memberikan usaha yang terbaik.

Apa sahaja keputusannya, kita terima dan bersyukur.

10. BANYAKKAN BERDOA DAN SOLAT HAJAT.

Tidak ada suatu yang lebih bermakna bagi seseorang anak ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu daripada ibu bapanya.



Inilah masanya kita meluangkan lebih banyak masa berdoa baginya supaya dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati.

Berdoalah dengan suara yang jelas supaya didengar oleh anak dan biarlah dia aminkan doa kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoa baginya. Dengan cara ini, mereka lebih menghargainya.

Biasanya apabila menjelang peperiksaan, anak-anak tidur lewat daripada biasa kerana mengulangkaji pelajaran. Jika ibu bapa menjenguk bilik anak seketika dan maklumkan padanya yang kita mahu solat hajat sekarang, perasaannya anak pasti terharu dan ini memperkuatkan lagi azamnya untuk berjaya.

Yakinlah Tuhan akan memdengar doa ibu bapa yang ikhlas. Berdoalah walaupuan pencapaian anak kita pada ketika itu masih kurang memberangsangkan.

Sesuatu yang dirasakan mustahil bagi kita sebenarnya tidak mustahil bagi Tuhan.  InsyaaAllah, bila kita letakkan kepercayaan kepada Allah, Allah akan memudahkan segala usaha kita.

PENUTUP: DORONG MEREKA MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN TENANG

Ibu bapa perlu mendorong dan memotivasikan anak untuk belajar tetapi bukan memaksa anak untuk berjaya.

Sekiranya ibu bapa memaksa anak untuk WAJIB mendapat hasil yang cemerlang, maka si anak berasa dibebani. Anak belajar bukan kerana kewajipan tetapi kerana ketakutan.

Oleh itu berikanlah anak keyakinan. Berikan nasihat dengan penuh kasih sayang. Tunjukkan keprihatinan dan sentiasalah memberi komitmen untuk membantunya. Yang paling penting, jangan lupa memohon kepada Allah agar anak dikurniakan kecemerlangan dan terang hati.

Semoga bermanfaat kepada ibu bapa semua =)
.
.
Nak Mantapkan Minda Anak-anak dengan "Vitamin Bijak" secara berkesan dan pantas..?
>>> Klik Di sini

LIKE  facebook page kami untuk lebih mengetahui lebih lanjut :
klik sekarang >> DI SINI 
                         DI SINI