Khamis, 27 Julai 2017

5 TIPS ELAK ANAK BERGADUH SESAMA SENDIRI.. tips ke-2 tidak harus diabaikan

Tips berguna..bacalah demi anak..
.
.
.
INTAN JASTINA PaMa.


Sebagai ibu bapa, anda pasti setiap anak bersatu hati, saling menghormati antara satu sama lain dan sayang menyayangi.

Memang kadang-kadang akan ada perbalahan kecil sesama mereka. Namun, jika anda sejak daripada awal, sudah mendidik mereka erti kasih sayang antara adik-beradik, tidak mustahil mereka akan berbaik dalam masa yang singkat lantaran tahu menilai kasih sayang yang telah anda terapkan dalam diri mereka.

Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi  kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.

1. Makan bersama

Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.

2. Jaga antara satu sama lain

Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. Malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.

Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.

3. Berlaku adil

Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya. Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.

Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.

 4. Tolong-menolong

Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama. Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.

5. Tunjukkan contoh baik

Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.

petikan / sumber : majalah pama
.

JANGAN ABAIKAN POST INI JIKA ANAK AKAK MASIH BERMASALAH DALAM PELAJARAN
.
>>Apa perancangan akak utk masa depan mereka..?
.
ANTARA SIMPTON KEMOROSOTAN IQ
✘Kurang keyakinan diri
✘Sukar Bangun Pagi
✘Lemah daya ingatan dan Malas
✘Kurang FOKUS
✘Selalu letih & tidak bertenaga
✘Cepat Gelabah
✘Tak dengar kata
✘Lemah Matematik
.
Kejayaan masa depan mereka terletak pada tindakan kita pada hari ini. Kalau bukan kita siapa lagi kan..?
.
Klik link untuk bantu mereka SEKARANG >>    

sila klik sekarang >>> DI SINI

BAGAIMANA CARA KITA BESARKAN ANAK-ANAK..AAKAH BETUL CARA DIDIKAN KITA SELAMA NI..

jom baca.. sangat bermanfaat..
.

..
Ada orang cakap pada saya,

" Budak-budak kecik ape tau stress.

Lainlah kita orang dewasa.

Hidup dia kan main je,
Berseronok,
Menjerit, gelak ketawa. "

Saya nak menangis dengar kenyataan ni.

Allahuakbar !

Apakah kita merasa mereka gembira,
Mereka itu membesar tanpa tekanan jiwa ?

Tu sebab kenapa saya melihat,
Ramai anak kecil diperlakukan sesuka hati oleh orang dewasa.

Paksa suruh ikut cakap mereka.
Marah kanak-kanak sepuas hati,
Depan orang lain lagi.
Herdik, tengking mereka,
Pukul, cubit, rotan ikut selera.

Anda fikir,
Makhluk kecil yang Allah kirimkan pada anda ni robot ?
Takde perasaan ?

Lepastu bila anak jadi cepat mengamuk, suka mengamuk, suka marah, suka jerit,
Anda kata anak anda bermasalah.

Saya jumpa ramai manusia,
Yang membesar dengan konflik dalaman diri yang serius.

Seorang yang pendendam,
Seorang yang kepala angin,
Seorang yang kepala batu,
Seorang yang penting kan diri,
Seorang yang self esteemnya rendah.

Benda ni bukan dilahirkan satu pakej bersama kelahiran bayi anda.
Takde Allah cipta bayi yang keluar je dari rahim ibu,
Jadi manusia yang degil, pemberontak, keras hati.

Takde, takde !

Bayi ni ibarat kain putih,
Kita yang corakkan dia.

Anak yang dibesarkan penuh kasih sayang,
Penuh rasa peduli oleh ibubapa,
Penuh belaian,
Penuh pengisian jiwa dan emosi nya,
Dia akan membesar menjadi manusia yang hebat sangat.

Jadi pemimpin, pemimpin yang hebat.
Jadi suami, suami yang mithali,
Jadi ayah, ayah yang penyayang,
Jadi atok, atok yang dicintai.

Ingatlah,
Kita membesarkan anak bukan untuk setahun dua,
Tetapi untuk berpuluh tahun lagi.

Jadi,
Bentuklah emosi dalaman dan jiwa anak,
Dengan penuh tanggungjawab.

Jika anda nak membentuk anak yang jenis,
Panas baran,
Kaki pukul,
Mulut maki hamun,
Takde tanggungjawab,
Degil,
Maka teruslah membentuk anak anda dengan unsur kekerasan.

Anda kena ingat,
Esok-esok dia nak kawen,
Ada mangsa seterusnya untuk dia lampiaskan benda ni semua,
Pasangan, anak,
Dan berterusanlah kita mencipta manusia yang 'mati' jiwanya.

Nauzubillah.
.
sumber : copy n paste
.
JANGAN ABAIKAN POST INI JIKA ANAK AKAK MASIH BERMASALAH DALAM PELAJARAN
.
>>Apa perancangan akak utk masa depan mereka..?
.
ANTARA SIMPTON KEMOROSOTAN IQ
✘Kurang keyakinan diri
✘Sukar Bangun Pagi
✘Lemah daya ingatan dan Malas
✘Kurang FOKUS
✘Selalu letih & tidak bertenaga
✘Cepat Gelabah
✘Tak dengar kata
✘Lemah Matematik
.
Kejayaan masa depan mereka terletak pada tindakan kita pada hari ini. Kalau bukan kita siapa lagi kan..?
.
klik link sekarang untuk bantu anak
sila klik >> DI SINI







13 PERASAAN ANAK YANG HARUS DIKETAHUI..TIPS TERAKHIR JUGA SANGAT BERMANFAAT

13 PERASAAN ANAK YANG HARUS DIKETAHUI..TIPS TERAKHIR JUGA SANGAT BERMANFAAT.. sila baca
.
.
13 permintaan ANAK yang tidak pernah diucapkan...

1. Cintailah aku sepenuh hatimu.

2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai

3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.

4. Ayah dan bonda jangan lupa, aku adalah fotocopimu.

5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.

6.  Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku apabila salah.

7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.

8. Aku ialah Ladang Pahala bagimu.

9. Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?

10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan "JANGAN" tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.😇

11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.

12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.

13. Aku ingin kau sayangi dan cintai kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.

SEMOGA BERMANFAAT, BAGI SEMUA MAMA & PAPA DI DUNIA INI

.
sumber : copy n paste..
.
ANAK PUAN MASIH BERMASALAH DALAM PELAJARAN..?
.
SUKAR MENDENGAR KATA..?
.
SUKAR TANGKAP APA YANG DIAJAR..
..
klik link sekarang untuk bantu mereka..
klik  >>> DI SINI
        >>> DI SINI
        >>   DI SINI
..
TINDAKAN PUAN HARI INI AKAN MEMBANTU MASA DEPAN MEREKA.. jom bantu mereka sekarang... sila klik link tersebut..