Selasa, 11 April 2017

Tips : 10 Kaedah Mendidik Anak Cepat Baca



·       1.  Sebaik-baiknya buat permulaan, ajar anak mengenal huruf kecil dahulu. Kalau awal-awal guna huruf besar, atau campurkan huruf besar dan kecil dalam satu masa, makin keliru anak jadinya. Lagipun kebanyakan ayat menggunakan huruf kecil, jadi biasakan dulu dia mengenal huruf kecil. Lama kelamaan bila dia dah faham dan kenal semua huruf kecil, baru ajar secara perlahan-lahan huruf besar. Insyaallah dia tak mudah keliru.


2.  Sediakan persekitaran yang selesa dan sesuai untuk anak mula belajar membaca. Contohnya, ruang belajar. Tapi kalau rumah tak ada ruang belajar, jangan pulak susah hati terus mengalah. Ruang tamu pun boleh digunakan, asalkan masa dia tengah belajar, pastikan tv ditutup dan semua mainan disimpan supaya dia boleh fokus.


3. Untuk elakkan anak cepat bosan, cuba kaitkan suku kata dengan benda-benda yang ada di sekeliling. Contohnya, bila dia belajar suku kata “KU”, korang tunjukkan pada dia buku yang dia tengah pegang, ataupun kuku pada jari dia. Secara tak langsung, dia dapat kaitkan suku kata yang dia belajar dengan benda-benda yang dia mudah nampak. Insyaallah anak-anak akan lebih mudah faham.


4. Untuk mengajar anak mengenal huruf dan boleh membaca, korang perlu ada satu lagi bakat – MENYANYI. Jangan risau, tak ada sesiapa yang akan jadi juri bila korang menyanyi. Suara korang merdu atau tak, tak perlu ambil kisah, lainlah korang memang berhajat nak masuk Akademi Fantasia, Mentor, Kilauan Emas dan macam-macam lagi. Itu dah jadi kes lain. Semua orang tahu, anak-anak kecil suka dengar lagu. Secara tak langsung diorang akan belajar membaca melalui lagu-lagu. Contohnya, korang tulis lirik lagu “Papaku pulang dari kota” atas whiteboard atau kertas. Sambil menyanyi, korang tunjukkan pada anak perkataan-perkataan dalam lirik tersebut. Sambil dia menyanyi, dia boleh mengenal huruf-huruf dan suku kata yang ada. Lagi cepat otak dia memproses semua perkataan dan huruf-huruf.


5.Tempoh mengajar anak seelok-eloknya dalam lingkungan 5 – 7 minit. Rehat sekejap secara berulang-ulang untuk bagi anak kurang rasa tekanan belajar. Biasalah anak-anak mudah hilang tumpuan masa belajar kecuali masa bermain, memang tumpuan diorang tak pernah hilang.


6. Uji anak pada bila-bila masa. Contohnya masa bawa dia keluar berjalan-jalan, setiap kali nampak papan iklan atau plet kereta, cuba tanya dia huruf-huruf yang dia boleh baca. Ataupun masa korang tengah bersantai menonton tv bersama-sama, cuba minta anak sebut perkataan yang dia boleh nampak. Sedikit sebanyak kita akan tau sejauh mana anak mampu memahami semua yang dia dah belajar selama ni. Sama ada dia mampu kenal huruf atau membaca perkataan yang mudah. Itu akan beri korang satu tanda aras di mana kemampuan membaca anak-anak pada masa tu. Jadi korang boleh tahu bahagian yang dia lemah. Selain formula teknikal yang kak long praktikkan di atas, kak long tak lupa untuk me”motivasi”kan anak supaya dia rasa gembira untuk belajar membaca. Apa yang kak long tak pernah lupa setiapkali mengajar Jannah:


7.  Gembirakan hati anak
Setiap kali anak faham apa yang dia pelajari, tepuklah tangan dan puji dia. Bukan kena keluar duit pun kan. Bila kita praktikkan begitu, anak akan rasa gembira. Hati dia mula berbunga-bunga. Jadi keinginan untuk dia belajar akan bertambah dari masa ke semasa. Anak gembira, ibu suka.


8.  Beri Penghargaan
Sekali sekala apa salahnya korang bagi reward pada anak-anak bila diorang mampu mengenal huruf dan membaca. Contohnya dalam satu minggu, korang bagi lah dia satu reward bila dia dah berjaya. Kalau korang malas nak keluar rumah atau kurang bajet untuk bawa dia bersiar-siar, satu cara yang paling mudah ialah masakkan dia sesuatu yang dia betul-betul suka, contoh macam kek coklat. Kak long pernah beritau Jannah, “Minggu ni ibu tengok Jannah dah makin pandai membaca, esok ibu buatkan kek coklat yang Jannah suka tu ya”. Walaupun nampak macam simple je reward yang kak long beri pada dia, tapi kesan positif yang terpahat pada hati dan fikiran dia yang lebih penting. Dia rasa kak long hargai segala usaha dia belajar membaca, jadi dia semakin bersemangat untuk belajar.


9. Cuba untuk elak beri sebarang tekanan
Bila anak stress, korang rasa dia berminat tak nak terus belajar? Tak payah bermimpi lah dia akan berminat 100%, separuh dari itu pun dia belum tentu akan minat. Elakkan mengajar anak yang baru nak belajar mengenal huruf ni dengan kekerasan. Cuba bersabar. Memang satu dugaan besar bila mengajar anak kecil. Ada masa bila kita berulang kali sebut benda yang sama, dia tetap tak faham, tekanan darah kita mulalah naik melambung-lambung. Mommy mommy sekalian, banyakkan istighfar ya. Tenangkan jiwa, sejukkan hati. Jangan ingat bila kita jerit kuat kat anak, siap tarzan & jane pun kalah, diorang akan lebih faham. Tak ada maknanya diorang akan terima baik cara begitu.


10. Jelaskan kepentingan membaca
 selalunya sebelum Jannah masuk tidur, kak long suka bacakan satu buku cerita. Bukan sahaja dapat gembirakan dia sebelum tidur, tapi dapat juga pupuk minat dia untuk membaca. Kadang kala sebelum kak long baca buku cerita, kak long akan “bercerita” dulu kenapa kita perlu tahu membaca, apa kebaikannya, apa kesannnya dalam hidup kita seharian. Bila selalu terangkan pada dia tentang kepentingan membaca, lama kelamaan dia sendiri akan ada keinginan untuk belajar membaca.


Nak Anak Membesar dengan bijak dalam masa yang pantas...??

Sila Klik >>> Di sini  



LIKE  facebook page kami untuk lebih mengetahui lebih lanjut :
klik sekarang >> https://www.facebook.com/GeniusDenganRaudhahIQ/







TIPS : Rahsia Merangsang Anak Minat Belajar

Pelajaran anak-anak adalah pelaburan kepada anak-anak dan ibu bapa pada masa depan. Merangsang anak supaya rajin belajar adalah suatu beban pada masa kini. Proses  belajar memerlukan rangsangan daripada ibu bapa. Tanpa rangsangan anak-anak tidak berminat untuk belajar. Belajar pada masa muda manfaatnya akan dapat dinikmati pada masa tua. 
Anak-anak pada masa kini banyak terlibat dengan pelbagai permainan di internet dan permainan berasaskan komputer menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar. Proses belajar ini memerlukan tumpuan serius dan berterusan. Dengan menanam dan menaruh minat seseorang itu akan memberikan tumpuan kepada apa yang diminatinya khususnya pelajaran.
Menanam minat supaya anak rajin belajar memerlukan beberapa usaha seperti motivasi, galakan dan rangsangan yang berterusan .Tanpa usaha ini anak-anak tidak memahami apa tujuan belajar.
Ibu bapa mesti memahami jiwa anak dan selalu mengingatkan anak-anak bahawa pelajaran sangat penting untuk mendapat ilmu dan kemahiran bagi bekalan masa depan. Tanpa ilmu dan kemahiran seseorang itu sukar untuk senang dan mendapat pekerjaan dalam era globalisasi pada masa akan datang.
Pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di rumah berbeza dengan pendekatan di sekolah. Pengajaran  di rumah boleh dilakukan dengan berkesan jika dilakukan dengan berkesan jika dilakukan secara berterusan. Anak-anak ditetapkan masa dua atau tiga jam setiap hujung minggu  untuk belajar dengan membuat latihan dan membaca bahan bacaan. 
Jika anak berada di tahap sekolah rendah ibu bapa boleh memandu anak-anak dengan menggalakkan mereka melakukan banyak  latihan melalui buku kerja yang banyak di pasaran. Begitu juga pada tahap tingkatan 1 hingga 3, latihan secara intensif boleh dilakukan dari semasa ke semasa.
Ramai  ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tuisyen bagi mendapatkan teknik dan strategi menjawab soalan berbentuk subjektif. Pada masa kini pelajaran di sekolah menjurus kepada peperiksaan. Mereka yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianggap berjaya dalam hidup. Sebenarnya keseimbangan antara ilmu pengetahuan yang dipelajari di sekolah dengan akhlak  mesti seiringan.
Lantaran itu, keseimbangan ilmu pengetahuan dengan akhlak mesti dipupuk di rumah dan diperkukuhkan di sekolah bagi pembentukan insan seimbang. Peranan ibu bapa adalah memberi rangsangan kepada anak-anak belajar di rumah. Di samping itu menumbuhkan minat untuk belajar. 
Ibu bapa mesti memahami pengajaran di rumah ialah aktiviti atau proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran anak-anak. Ia meliputi perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada anak-anak dengan cara yang berkesan.
Pendidikan dan pengajaran di rumah boleh dilakukan sebagai suatu proses berterusan hingga dewasa. Selain itu juga ibu bapa juga  bertanggungjawab mendidik akhlak, budaya, adab dan mencambahkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak. Melalui pengalaman dan penceritaan anak-anak akan dapat memahami dan belajar tentang makna kehidupan pada masa depan. Natijahnya, merangsang anak minat dan rajin belajar memerlukan usaha gigih dan berterusan. Tanpa usaha gigih ia tidak akan berjaya.  Pengajaran di rumah ibu bapa sebagai pengajar dan anak-anak sebagai murid.  Sementara pengajaran di sekolah memperteguh kan apa yang diajar dan dididik di rumah. Pengajaran yang baik mesti melibatkan proses pemikiran, komunikasi, penggunaan bahasa yang berkesan secara berterusan.


Sumber maklumat : Harian Metro

Nak Anak Membesar Dengan Bijak dan Pantas..?
Sila Klik  >>> Di Sini