· 1. Sebaik-baiknya buat permulaan, ajar anak mengenal huruf kecil dahulu. Kalau awal-awal guna huruf besar, atau campurkan huruf besar dan kecil dalam satu masa, makin keliru anak jadinya. Lagipun kebanyakan ayat menggunakan huruf kecil, jadi biasakan dulu dia mengenal huruf kecil. Lama kelamaan bila dia dah faham dan kenal semua huruf kecil, baru ajar secara perlahan-lahan huruf besar. Insyaallah dia tak mudah keliru.
2. Sediakan persekitaran yang selesa dan sesuai untuk anak mula
belajar membaca. Contohnya, ruang belajar. Tapi kalau rumah tak ada ruang
belajar, jangan pulak susah hati terus mengalah. Ruang tamu pun boleh
digunakan, asalkan masa dia tengah belajar, pastikan tv ditutup dan semua
mainan disimpan supaya dia boleh fokus.
3. Untuk elakkan anak cepat bosan, cuba kaitkan suku kata dengan
benda-benda yang ada di sekeliling. Contohnya, bila dia belajar suku kata “KU”,
korang tunjukkan pada dia buku yang dia tengah pegang, ataupun kuku pada jari
dia. Secara tak langsung, dia dapat kaitkan suku kata yang dia belajar dengan
benda-benda yang dia mudah nampak. Insyaallah anak-anak akan lebih mudah faham.
4. Untuk mengajar anak mengenal huruf dan boleh membaca, korang
perlu ada satu lagi bakat – MENYANYI. Jangan risau, tak ada sesiapa yang akan
jadi juri bila korang menyanyi. Suara korang merdu atau tak, tak perlu ambil
kisah, lainlah korang memang berhajat nak masuk Akademi Fantasia, Mentor,
Kilauan Emas dan macam-macam lagi. Itu dah jadi kes lain. Semua orang tahu,
anak-anak kecil suka dengar lagu. Secara tak langsung diorang akan belajar
membaca melalui lagu-lagu. Contohnya, korang tulis lirik lagu “Papaku pulang
dari kota” atas whiteboard atau kertas. Sambil menyanyi, korang tunjukkan pada
anak perkataan-perkataan dalam lirik tersebut. Sambil dia menyanyi, dia boleh
mengenal huruf-huruf dan suku kata yang ada. Lagi cepat otak dia memproses
semua perkataan dan huruf-huruf.
5.Tempoh mengajar anak seelok-eloknya dalam lingkungan 5 – 7
minit. Rehat sekejap secara berulang-ulang untuk bagi anak kurang rasa tekanan
belajar. Biasalah anak-anak mudah hilang tumpuan masa belajar kecuali masa
bermain, memang tumpuan diorang tak pernah hilang.
6. Uji anak pada bila-bila masa. Contohnya masa bawa dia keluar
berjalan-jalan, setiap kali nampak papan iklan atau plet kereta, cuba tanya dia
huruf-huruf yang dia boleh baca. Ataupun masa korang tengah bersantai menonton
tv bersama-sama, cuba minta anak sebut perkataan yang dia boleh nampak. Sedikit
sebanyak kita akan tau sejauh mana anak mampu memahami semua yang dia dah
belajar selama ni. Sama ada dia mampu kenal huruf atau membaca perkataan yang
mudah. Itu akan beri korang satu tanda aras di mana kemampuan membaca anak-anak
pada masa tu. Jadi korang boleh tahu bahagian yang dia lemah. Selain formula teknikal yang kak long
praktikkan di atas, kak long tak lupa untuk me”motivasi”kan anak supaya
dia rasa gembira untuk belajar membaca. Apa yang kak long tak pernah lupa
setiapkali mengajar Jannah:
7. Gembirakan hati anak
Setiap kali anak faham
apa yang dia pelajari, tepuklah tangan dan puji dia. Bukan kena keluar duit pun
kan. Bila kita praktikkan begitu, anak akan rasa gembira. Hati dia mula
berbunga-bunga. Jadi keinginan untuk dia belajar akan bertambah dari masa ke
semasa. Anak gembira, ibu suka.
8. Beri Penghargaan
Sekali sekala apa
salahnya korang bagi reward pada anak-anak bila diorang mampu mengenal huruf
dan membaca. Contohnya dalam satu minggu, korang bagi lah dia satu reward bila
dia dah berjaya. Kalau korang malas nak keluar rumah atau kurang bajet untuk
bawa dia bersiar-siar, satu cara yang paling mudah ialah masakkan dia sesuatu
yang dia betul-betul suka, contoh macam kek coklat. Kak long pernah beritau
Jannah, “Minggu ni ibu tengok Jannah dah makin pandai membaca, esok ibu buatkan
kek coklat yang Jannah suka tu ya”. Walaupun nampak macam simple je reward yang
kak long beri pada dia, tapi kesan positif yang terpahat pada hati dan fikiran
dia yang lebih penting. Dia rasa kak long hargai segala usaha dia belajar
membaca, jadi dia semakin bersemangat untuk belajar.
9. Cuba untuk elak beri sebarang tekanan
Bila anak stress,
korang rasa dia berminat tak nak terus belajar? Tak payah bermimpi lah dia akan
berminat 100%, separuh dari itu pun dia belum tentu akan minat. Elakkan
mengajar anak yang baru nak belajar mengenal huruf ni dengan kekerasan. Cuba
bersabar. Memang satu dugaan besar bila mengajar anak kecil. Ada masa bila kita
berulang kali sebut benda yang sama, dia tetap tak faham, tekanan darah kita
mulalah naik melambung-lambung. Mommy mommy sekalian, banyakkan istighfar ya.
Tenangkan jiwa, sejukkan hati. Jangan ingat bila kita jerit kuat kat anak, siap
tarzan & jane pun kalah, diorang akan lebih faham. Tak ada maknanya diorang
akan terima baik cara begitu.
10. Jelaskan kepentingan membaca selalunya sebelum
Jannah masuk tidur, kak long suka bacakan satu buku cerita. Bukan sahaja dapat
gembirakan dia sebelum tidur, tapi dapat juga pupuk minat dia untuk membaca.
Kadang kala sebelum kak long baca buku cerita, kak long akan “bercerita” dulu
kenapa kita perlu tahu membaca, apa kebaikannya, apa kesannnya dalam hidup kita
seharian. Bila selalu terangkan pada dia tentang kepentingan membaca, lama
kelamaan dia sendiri akan ada keinginan untuk belajar membaca.
Nak Anak Membesar dengan bijak dalam masa yang pantas...??
Sila Klik >>> Di sini
LIKE facebook page kami untuk lebih mengetahui lebih lanjut :
klik sekarang >> https://www.facebook.com/GeniusDenganRaudhahIQ/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan