Pelajaran anak-anak adalah pelaburan kepada
anak-anak dan ibu bapa pada masa depan. Merangsang anak supaya rajin belajar
adalah suatu beban pada masa kini. Proses belajar memerlukan rangsangan
daripada ibu bapa. Tanpa rangsangan anak-anak tidak berminat untuk belajar.
Belajar pada masa muda manfaatnya akan dapat dinikmati pada masa tua.
Anak-anak pada masa kini banyak terlibat dengan pelbagai permainan di internet dan permainan berasaskan komputer menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar. Proses belajar ini memerlukan tumpuan serius dan berterusan. Dengan menanam dan menaruh minat seseorang itu akan memberikan tumpuan kepada apa yang diminatinya khususnya pelajaran.

Menanam
minat supaya anak rajin belajar memerlukan beberapa usaha seperti motivasi,
galakan dan rangsangan yang berterusan .Tanpa usaha ini anak-anak tidak
memahami apa tujuan belajar.
Ibu bapa mesti memahami jiwa anak dan selalu mengingatkan anak-anak bahawa pelajaran sangat penting untuk mendapat ilmu dan kemahiran bagi bekalan masa depan. Tanpa ilmu dan kemahiran seseorang itu sukar untuk senang dan mendapat pekerjaan dalam era globalisasi pada masa akan datang.

Pendekatan
dan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di rumah berbeza dengan
pendekatan di sekolah. Pengajaran di rumah boleh dilakukan dengan
berkesan jika dilakukan dengan berkesan jika dilakukan secara berterusan.
Anak-anak ditetapkan masa dua atau tiga jam setiap hujung minggu untuk
belajar dengan membuat latihan dan membaca bahan bacaan.
Jika anak berada di tahap sekolah rendah ibu bapa boleh memandu anak-anak dengan menggalakkan mereka melakukan banyak latihan melalui buku kerja yang banyak di pasaran. Begitu juga pada tahap tingkatan 1 hingga 3, latihan secara intensif boleh dilakukan dari semasa ke semasa.

Ramai
ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tuisyen bagi mendapatkan teknik dan
strategi menjawab soalan berbentuk subjektif. Pada masa kini pelajaran di
sekolah menjurus kepada peperiksaan. Mereka yang cemerlang dalam peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianggap berjaya dalam hidup. Sebenarnya
keseimbangan antara ilmu pengetahuan yang dipelajari di sekolah dengan
akhlak mesti seiringan.
Lantaran
itu, keseimbangan ilmu pengetahuan dengan akhlak mesti dipupuk di rumah dan
diperkukuhkan di sekolah bagi pembentukan insan seimbang. Peranan ibu bapa
adalah memberi rangsangan kepada anak-anak belajar di rumah. Di samping itu
menumbuhkan minat untuk belajar.
Ibu bapa mesti memahami pengajaran di rumah ialah aktiviti atau proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran anak-anak. Ia meliputi perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada anak-anak dengan cara yang berkesan.

Pendidikan
dan pengajaran di rumah boleh dilakukan sebagai suatu proses berterusan hingga
dewasa. Selain itu juga ibu bapa juga bertanggungjawab mendidik akhlak,
budaya, adab dan mencambahkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak. Melalui
pengalaman dan penceritaan anak-anak akan dapat memahami dan belajar tentang
makna kehidupan pada masa depan. Natijahnya, merangsang anak minat dan rajin
belajar memerlukan usaha gigih dan berterusan. Tanpa usaha gigih ia tidak akan
berjaya. Pengajaran di rumah ibu bapa sebagai pengajar dan anak-anak
sebagai murid. Sementara pengajaran di sekolah memperteguh kan apa yang
diajar dan dididik di rumah. Pengajaran yang baik mesti melibatkan proses pemikiran,
komunikasi, penggunaan bahasa yang berkesan secara berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan