Selasa, 29 Mei 2018

26 TIPS MENDIDIK ANAK MOGA MENJADI BIJAK, PANDAI DAN CERDAS



Setiap ibu bapa inginkan zuriat mereka bijak dan cerdas. Namun begitu, terdapat ibu bapa yang masih gagal mendidik anak menjadi bijak dan cerdas. Oleh hal yang demikian penulis menyenaraikan 26 tips mendidik anak bijak pandai dan cergas. Tulisan ini berdasarkan pengalaman, pembacaan dan seminar yang dihadiri penulis.

1.       1.  Kepentingan Susu
-          - Susu terbukti secara ilmiah mengandungi gizi yang mampu meningkatkan daya tahan tubuh dan kecerdasan otak bayi.
Berikan susu terbaik kepada anak diperingkat bayi lagi.

2.       2. Bermain bersama-sama
 -  Ibu bapa yang bermain bersama-sama dan mengajar teknik bermain dengan betul akan mempercepatkan lagi proses pembelajaran anak-anak
-  Ketika bermain, potensi dan cara pergualan dapat dipupuk dan minatnya juga boleh diperhatikan -
- Bermain bersama-sama juga dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang terhadap anak-anak



3.       3. Selalu bercerita

-          -  Menurut Dr. Rosmarie Truglio iaitu seorang pakar pendidikan, ibu bapa yang membacakan cerita
Akan memupuk sikap gemar membaca dalam kalangan anak-anak.
-          - Di samping menambah kosa kata, anak juga akan semakin bertambah dan semakin petah bercakap.
-          - Pada hari ini, buku cerita berwarna terdapat boleh didapati di pasaran lebih menarik dan sesuai untuk dibaca bersama atau bercerita bersama.

4.       4. Sentiasa bercakap dengan anak
-          - Sejak peringkat bayi lagi anak telah pun memahami percakapan ibu bapa.
-          - Mereka memahami setiap pertuturan ibu bapa walauoun tidak mampu menjawab dengan kata-kata.
- Sebagai contoh, mereka mudah respon dengan ekspresi muka apabila kita memanggil namanya.
-          - Dengan selalu bercakap dengan anak, akan mempercepatkan lagi proses penyebutan suku kata ‘ma’ atau ‘pa’.
-          - Oleh itu, kita sebagai ibu bapa harus bercakap dengan perkataan baik dan positif.
-          Ini kerana, setiap patah perkataan kita ucap akan membentuk keperibadian mereka apabila  besar kelak.

5.       5. Mendengar lagu
-         -  Mendengar lagu memudahkan anak mempelajari pelbagai bunyi.
-          - Ini membuatkan anak menjadi lebih peka terhadap bunyi di sekeliling.
-         - Pilihan lagu yang sesuai dengan nada yang unik mampu memberikan kepada ketenangan pada mindanya

6.       6. Belajar muzik
-          - Menurut kajian Toronto University , anak yang belajar muzik mudah meningkatkan otak kanannya.
-          - Hasil penelitian ini juga pembelajaran muzik dapat meningkatkan prestasinya di sekolah
-          - Pengaruh kognitif anak juga akan terbentuk dengan sempurna

7.       7. Menjaga kesihatan anak
-         -  Kesihatan anak juga turut mempengaruhi tahap perkembangan minda. Cuba perhatikan anak yang kurang -aktif, tahap penerimaan pembelajaran mereka juga amat berlahan.
-          - Anak yang sihat dan aktif bersukan kebiasaannya lebih bijak
-          - Mengikut pepatah orang dulu-dulu, ‘otak cerdas letaknya pada badan yang cergas’.
-          - Ibu bapa perlu memberig alakan kepada anak untuk bersukan dan aktif bermain untuk perkembangan minda mereka.

8.       8. Hindari makanan segera
-          - Makanan segera ialah makanan cepat saji malah mengandungi gula dan garam yang tinggi sesuai untuk perkembangan otak.
-          - makanan segera ini melambatkan pertumbuhan sel otak dan membantutkan proses  daya ingatan
-         -  Berikan makanan bergizi tinggi untuk anak di bawah umur 2 tahun
-         -  Sayur- sayuran dan buah-buahan amat digalakkan untuk anak.

9.      9.  Galakkan anak dengan rasa ingin tahu
-          - Lumrah anak-anak selalu bertanya, hal ini perkembangan yang positif
-         -  Kanak-kanak dalam lingkungan 3 hingga 4 tahun akan lebih banyak bertanya.
-          - Wujudkan suasana soal jawab apabila bersama anak-anak
-          - Mereka sering akan bertanya dalam pelbagai semua aspek, dalam linkungan ini semuanya adalah baru bagi mereka.
-          - Sebagai ibu bapa harus tidak jemu menjawab soalan mereka dengan jawapan yang ikhlas dan jujur
-         -  Pupukan minat ingin tahu ini akan membuatkan mereka suka mengkaji dan mempelajari setiap benda baru.

1    10. Permainan video secara terkawal
-       -    Menurut kajian, kanak-kanak yang bermain permainan video memiliki kemampuan dalam menemukan petunjuk visual dalam dunia pembelajaran mereka.
-          - Permainan video juga membentuk daya fokus untuk melihat sesuatu dan mempercepatkan tindak balas akan sesuatu yang dilihatnya.
-          - Namunbegitu, permainan video dikatakan tidak sihat tetapi masa bermain dan jenis permainan boleh dikawal
-          - Pilihlah permainan yang lebih ke arah pembelajaran

1   11. Sarapan pagi
-         -  Jangan pernah terlepas bagi anak sarapan pagi walaupun sedikit.
-          - Mengikut penelitian pengkaji pemakanan tahun 70-an, seorang kanak-kanak yang bersarapan pagi memiliki daya ingatan yang lebih kuat berbanding dengan kanak-kanak yang tidak bersarapan pagi
-       -    Selain itu, anak yang bersarapan mempunyai daya fokus yang lebih tinggi dan lebih mudah menyerap sesuatu pelajaran
-          - Anak yang tidak sarapan pagi kelihatan tidak bersemangat, mengantuk dan lesu.

1 12.  Bermain permainan interaktif
-          - Permainan interaktif pada masa kini seperti permainan puzzle, soduku, catur atau teka-teki dan silang kata.
-        -   Permainan ini akan meningkatkan perkembangan otak supaya lebih aktif berfikir, memupuk daya fokus dan meningkat kepekaan terhadap pembelajaran
-          - Setiap aktiviti permainan ini anak harus diberi penghargaan seperti hadiah atau pujian.

1 13.   Keluarga bahagia
-          - Menurut kajian keluarga bahagia menjadi faktor perkembangan minda anak-anak.
-       -    Keluarga bahagia akan membentuk emosi positif dan stabil serta penting dalam perkembangan fungsi kognitif dan ketrampilan anak.
-         -  Mengikut perhatian dan pengalaman penulis keluarga yang huru-hara seperti perceraian ibu bapa akan mempengaruhi emosi anak untuk memberontak, hilang keyakinan diri dan lebih bertindak lebih kasar.
-         -  Masalah ini akan memberi kesan kepada pertumbuhan minda anak-anak malahan sukar menerima pelajaran dengan baik.

1 14.   Menonton TV secara terkawal
-         -  Membiarkan anak menonton TV secara berlebihanmerupakan cara didikan anak yang salah.
-         -  Anak-anak yang menonton TV berlebihan akan menjadi malas, degil dan melawan kata
-         -  Menonton TV bukanlah satu kesalahan sepenuhnya, malah siaran TV pada hari ini mempunyai rancangan yang baik untuk anak-anak. Yang penting kita perlu bijak membuat pilihan untuk mereka.
-         -  Beri jadual waktu menonton TV dalam sehari, hadkan 2 jam sahaja untuk 1 sesi.

115.   Menyediakan tempat tinggal yang selesa
-          - Menurut kajian yang dilakukan di University of London anak-anak yang tinggal di kawan perumahan yang bising akan mengalami kesukaran untuk memahami.
-          - Selain itu, penelitian di Kyoto University, Jepun, anak-anak yang mengalami kebisingan akan memiliki iq dan memori rendah.
-        -   Oleh itu, demi menjadikan anak lebih bijak, penyediaan tempat tinggal yang tenang perlu dititikberatkan.
-         -  Tempat tinggal yang bising akan menganggu emosi anak untuk belajar.
-         -  Kebiasaan ini berlaku di bandar-bandar besar dan berhampiran dengan jalan raya yang sibuk.
-        -   Dicadangkan supaya mewujudkan bilik kedap bunyi supaya memberi suasana yang tenang semasa anak-anak belajar atau membuat ulangkaji.

1 16.   Diberikan  masa untuk beriadah.
-          - Menghabiskan masa di luar rumah dapat meningkatkan perkembangan minda anak-anak terutama sikap, perhatian dan konsentrasi.
-         -  Beriadah di taman atau di tasik akan membuatkan otak anak segar dan memberi kesempatan mental untuk bertenang.
-          - Izinkan anak  bermain di taman permainan selama setengah jam pada waktu petang. Hal ini akan memberi rehat kepada otak mereka setelah seharian penat belajar.

1 17.   Tidur secukupnya
-       -  Tidur secukupnya penting kehidupan seharian anak-anak
-          - Tidur mampu mempengaruhi psikologi anak, seperti mempengarhi daya tumpuan, memori dan keputusan dalam setiap tindakan.
-          - Apabila anak mengalami tidur tidak mencukupi, kemungkinan anak akan mengalami masalah lemah tenaga otak untuk berfikir dan sukar menerima pelajaran.
-         -  Mengikut penelitian, anak yang tidak cukup tidur mempunyai tingkah laku yang tidak baik, seperti mudah celaru, sensitif dan sudah tentu sukar fokus semasa belajar.
-       -    Oleh itu, tetapkan waktu tidur anak secara konsisten dan bangun tidur pada waktu yang telah ditetapkan.
-          Kesimpulan di sini dapat dibuat bahawa tidur adalah masa merehatkan otak anak setelah kepenatan seharian belajar.

1 18.   Kurangkan tekanan kepada anak
-          - Stres mampu mengganggu otak untuk berfungsi dengan baik.
-      -     Mengikut kajian sebuah University di Sepanyol menjelaskan, pelajar yang mengalami tekanan yang berlebihan mengalami masalah sukar memberi tumpuan terhadap pelajaran.
-       -   Sebagai contoh, anak yang bakal menduduki peperiksaan penting. Janganlahterlalumendesak dengan inginkan keputusanyang cemerlang daripada mereka.
-     -     Ini akan memberi tekanan dan menimbulkan kesan negatif  ke atas psikologi mereka.
-      -    Pelajaran mereka akan terganggu dan corak pembelajaran mereka akan berubah,
-         - Biarkan cara pembelajaran  mengikut cara mereka sendiri dan ibu bapa perlu menerima kelebihan dan kelemahan anak sendiri.
-        -  Yang penting ibu bapa perlu memantau dan membantu mereka menyelasaikan masalah pembelajaran mereka.

1 19.   Berdoa yang baik-baik untuk anak
-         -  Doa ialah senjata utama orang islam.
-         -  Pintalah kepada allah kesihatan yang baik untuk anak kita.
-        -  Jika bukan kita yang mendoakannya, siapa lagi kan?
-         -  Letakkan allah didepan dalam setiap usaha untuk anak kita
-         -  Allah itu maha memberi, yang penting ialah cara kita meminta dengan betul
-          - Ya allah berikanlah anakku cerdik pandai semoga mereka mampu mengenali-Mu dengan baik dan jadikan mereka orang taat menjalankan perintah-Mu..amin



2 20.   Semaikan  sikap suka tolong menolong dalam diri anak
-          - Sentiasa pupuk anak supaya rajin tolong menolong merupakan salah satu cara untuk mendidik anak jadi bijak pandai
-          - Sikap suka menolong lahir dari hati tulus kerana kita perlu merendah diri, buang ego dan mempunyai hati yang baik.
-          - Apabila semua ini telah sebati dalam dirinya, maka anak akan lebih kreatif dalam setiap perbuatan.
-          - Hati yang baik akan mudah menyerap ilmu yang dipelajari.

2 21.   Biarkan berdikari
-          - Walaupun anak masih kecil atau di bangku sekolah, mereka sebenarnya ingin melakukan sesuatu kerja dengan sendiri
-          - Anak-anak punyai perasaan ingin tahu yang  tinggi dalam diri dan ingin meneroka persekitaran disekelilingnya.
-          - Beri peluang kepada anak untuk membuat pilhan selagi pilihan tersebut tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka.
-          - Pada masa inilah mereka akan menggunakan kebijaksanaan semula jadi yang ada dalam mereka akan terserlah.

2 22.   Memahami fitrah anak
-          - Ramai ibu bapa terlalu ghairah mengejar prestasi pelajaran anak-anak sehingga mengabaikan fitrah berkawan dan bermain.
-        -  Sikap mengurung anak-anak di rumah demi mengejar kecemerlangan akademik semata-mata adalah melanggar fitrah semula jadi anak-anak.
-         - Kebijaksanaan dan kecemerlangan sebenarnya berdasarkan kepada kecemerlangan hidup dari alam kanak-kanak hingga dewasa.
-       -   Kecemerlangan kanak-kanak bukan hanya dalam akademik sahaja. Pemikiran kanak-kanak akan berkembang secara sihat dan cemerlang apabila mereka didedahkan kepada persekitaran sekeliling.



2 23.   Tidak bergaduh di hadapan anak
-          - setiap rumah tangga pasti akan diuji, apabila anda membuat keputusan untuk berbalah tapi janganlah di hadapan anak-anak
-          - Ini kerana perbuatan tersebut akan menjejaskan emosi anak-anak
-          - sukar dinafikan anak yang dibelenggu dengan masalah ibu bapa akan menjadi tidak fokus dalam pelajaran.
-          - Prestasi pelajaran akan menurun,anak-anak akan terlibat dengan masalah disiplin dan keganasan di sekolah juga sering berlaku.
-         -  Pentingkan akan emosi anak demi pelajaran dan masa depan mereka
-          - Ibu bapa perlu lebih bijak untuk membantu anak menjadi lebih bijak..
-          Setuju?

2 24.   Menyediakan makanan seimbang
-          - Makanan seimbang penting untuk anak-anak
-          - Ini kerana, pengambilan makanan akan mempengaruhi kesihatan anak dan mendorong otak menjadi lebih sihat
-          - Otak sihat, akan untuk menyerap sesuatu yang dipelajari dan menjadikan anak anda lebih cergas dan cerdas.
-          - Makanan untuk otak seperti avocado, brokoli, saleri, minyak kelapa, coklat gelap, kismis, kurma, kuning telur dan sebagainya.

2 25.   Elakkan anak mengambil kafein
- Kopi atau minuman berkafein ialah minuman kesihatan tetapi adakah sesuai untuk kesihatan anak-anak.
- Ibu bapa sering tertanya-tanya mengenai isu ini. Sebenarnya kafein tidak sesuai untuk kesihatan anak-anak.
- Kafein akan mengaktifkan anak-anak dan mendorong  terjadinya tingkah laku tidak normal seperti kegelisihan, sukar untuk menumpukan perhatian, cepat marah dan emosi tidak menentu.
- jika hal ini sering berlaku kepada anak, sistem pembelajaran mereka juga akan terjejas.

2 26.   Memberikan anak supplement / vitamin minda yang terbaik
-         -  Vitamin minda ialah makanan minda terbaik untuk meningkatkan kesihatan minda dan tubuh badan
-       -    Ibu harus bijak memilih vitamin yang terbaik supaya tidak mempunyai pewarna dan tidak mempunyai pemanis dari hasil tebu.
-          - hal ini kerana bahan tersebut apada masa yang sama akan memberi kesan sampingan kepada tubuh badan.
-          - Vitamin minda yang baikbarus memiliki manfaat seperti menguatkan daya ingatan, memberi tenaga pada otak, memberi imunisasi, membentuk emosi yang stabil, memupuk minat belajar, menangani stress dan sebagainya.
-         -  Vitamin minta terbaik yang sering disyorkan ibu bapa pada masa kini

Semoga tips yang dihasilkan ini memberi panduan kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang lebih bijak pandai. Penulis tidak memberi jaminan keberkesanan secara 100%. Setiap individu mungkin mempunyai kesan yang berbeza.

Ebook atau tulisan ini ialah hak cipta penulis. Tidak dibenarkan untuk diterbitkan dalam apa jua bentuk penerbitan tanpa keizinan penulis. Ilmu yang berkat diredhai Allah dan tanda keikhlasan hati.

Wan Meera : Admin Genius Dengan Raudah IQ
Kemas kini , 24 April 2018