1. Terapkan minat matematik dalam
minda anak-anak. Pupuk minat ini sejak mereka kecil lagi seawal setahun.
2.
Matematik adalah subjek praktikal dan tak boleh dibaca atau dihafal. Jadi
sentiasa buat latihan untuk mahir tentang selok belok cara pengiraan. Ada
sesetengah pelajar belajar matematik dengan hanya membaca. Pembelajaran teori
matematik adalah berbeza dengan teknik sebenar semasa membuat pengiraan.
Semakin banyak latihan semakin cekap matematik. Jelaslah di sini adalah bentuk
visual bukan hanya ingatan di memori semata-mata.
3. Matematik adalah
matapelajaran yang membentuk disiplin anak-anak. Walaupun memahami sesuatu topic
tidak kita tidak akan dapat menjawab dalam tempoh yang diberikan jika tidak
berdisiplin dalam menjawab soalan matematik. Mengikut kajian yang dijalankan
kita pelu menyiapkan setiap satu soalan matematik dalam masa 3 minit sahaja.Jadi
setiap kali menjawab harus merekod masa. Jadi merekod masa semasa membuat
latihan harus dilakukan dengan disiplin.Cuba menjawab sepantas mungkin Untuk
menjawab sepantas mungkin perlulah dengan latihan yang berterusan
4. Mahu tidak mahu sifir perlu
dihafal kerana ia adalah asas matematik. Kita sedia tahu ramai pelajar yang merungut
tentang perkara ini. Bukan kata pelajar tingkatan lima yang diuji dengan sifir
7 pun tidak lepas tapi kita yang dewasa ni macam mana pula? Agak-agak boleh
jawab tak kalau diuji dengan sifir 7 lepas tak puan? Hehe.. Sifir 5 boleh la
kan? Alasan kita, ala kalkulator ada kan. Tu masa ada, kalau tak da? Menghafal
sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik
bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana
tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Cuba kita lihat orang yang bijak
sifir biasanya orang bijak. Kalaulah orang tu anak kita, mesti kita bangga kan?
Anak bijak pun sebab kita jugak kan? Setuju puan?
5. Azam tanpa usaha takkan
ke mana. Jadi untuk berjaya dalam subjek matematik perlu menguasainya Subjek matematik
ialah subjek yang paling menyeronokkan kerana menggunakan kebijaksaan kita
membuat keputusan. Nak seronok kena la minat kan. Macam kita la dengan hubby
kita dulu, mula-mula kena minat kat dia dulu kan, baru seronok ajak
kawin..hehe..
.
Macam admin dulu la. Mula-mula
tak minat dengan matematik ni, tapi bila dah minat cikgu matematik yang garang
pun kita jadi suka. Sampai macam tu sekalikan.
.
Didiklah anak-anak minat dengan matematik kerana ia subjek yang
menyeronokkan atau subjek orang bijak. Setuju tak kalau saya cakap macam tu?
.
In sha Allah semua yang berlaku dengan izin-Nya. Yang harusnya
kita berusaha dan berdoa
Amalkan Fatihah dan Alamnasrah di waktu pagi dan malam, mohon
Allah permudahkan belajar anak-anak kita mudah
belajar.
.
Aminn..
.
Meera : Admin anakkbijka.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan