Tips : Cara terbaik
mendidik anak supaya Rajin Solat
Sebagai umat Islam, tentunya kita diwajibkan melaksanakan
ibadah sesuai dengan agama dan kepercayaannya kita. Dalam sebuah keluarga Islam
melaksanakan ibadah solat merupakan salah satu perkara wajib yang perlu
dilakukan. Bukankah solat itu mampu mencegah sesuatu yang buruk terjai dalam
keluarha tersebut. Oleh itu, ibu bapa harus mendidik atau mengajarkan anaknya
supaya solat sejak dari sebelum baligh lagi.
Pepatah melayu ada menyebut, melentur bulu biarlah dari
rebunnya. Anak kita masih kecil ibarat seperti rebun yang mudah hendak
dibentuk. Elok cara bentukkannya maka elokkan kehidupan mereka apabila besar
nanti. Kita yang sedia maklum anak-anak suka meniru perbuatan ibu bapa. Oleh itu,
ibu bapa harus mengajak anak-anak supaya meniru perbuatan kita semasa solat. Lama-kelamaan
barulah kita menjelaskan akan makna perbuatan tersebut apabila mereka mulai
faham. Apabila mereka sudah terbiasa baru mudah untuk ajak mereka solar
bersama.
Solat adalah tiang
agama, jika ahli keluarga kita melakukan solat maka teguhlah keluarga kita. Mempunyai
anak-anak yang taat dalam beribadah merupakan suatu kebanggaan bagi kita
sebagai ibu bapa, kerana dengan solat semuanya menjadi lebih baik, baik dalam
perbuatan, tindakan, pergaulan dan percakapan dalam kehidupan seharian mereka. Untuk
itu, mula saat mereka kecil lagi perlihatkan bahawa solat itu mudah
dilaksanakan. Di sini Meera akan berikan beberapa tips supaya anak kita rajin
solat.
1.IBU BAPA HARUS MENJADI CONTOH TERBAIK DALAM SOLAT
Ibu bapa ibarat sebuah
cermin bagi anak-anak, semakin baik cermin yang dimilikinya, semakin baik
bentuk dan rupa yang terlihat oleh anak-anak itu sendiri dan juga orang lain.
Namun, jika buruk cermin tersebut maka buruklah anak-anak yang menteladaninya. Begitu
juga dalam ibadah, jika ibu bapa rajin dalam melaksanakan ibadah solat maka
anak juga akan mudah mengikutinya. Teringat kata-kata daripada bijak panai yang
selalu sebutkan, anak adalah peniru yang hebat, jika anak meniru yang baik-baik
dari ibu bapa maka baik pula hasilnya.
2. MENDIDIK ANAK DALAM NASIHAT
2. MENDIDIK ANAK DALAM NASIHAT
Apa yang kita lakukan
jika anak melakukan kesalahan kecil seperti salah meletakkan barang yang bukan
tempatnya? Memarahi atau membiarkan? Mungkin sebagian besar daripada kita akan
membiarkan sahaja. Namun bagaimana jika kesalahan tersebut kita perbetulkan
dengan cara yang baik? Sebagai contoh, ajarkan anak letak botol susu di atas
rak atau di tempat tersedia selepas minum susu. Nasihatkan mereka bahawa
perbuatan meletakkan bahan makanan atau minuman di atas lantai aalah tidak
baik. Lama kelamaan mereka dengan sendiri terlatih membuat perkara tersebut
tanpa disuruh. Begitu juga dalam melaksanakan solat, biasakan anak untuk
menyelesaikan ibadah solat sehinggakan selesai zikir an doa an jangan biarkan
mereka solat tanpa melakukan perkara tersebut. Dengan itu, anak akan terbiasa
menyelesaikan solatnya hingga selesai.
3. MEMBIASAKAN SOLAT PADA AWAL WAKTU
3. MEMBIASAKAN SOLAT PADA AWAL WAKTU
Ketika waktu solat
akan tiba, segeralah menyiapkan diri bersama anak-anak jangan pernah
menangguhkan waktu untuk sholat. Jika kita suka bertangguh akan waktu untuk
segera solat maka rasa malas segera menghampiri dan jika sudah malas maka untuk
melaksanakan solat pun akan selalu ditangguh-tangguh dan jika solat selalu
ditangguh maka besar kemungkinan akan menjadi kebiasaan tidak baik dalam
melaksanakan ibadah solat. Agama menganjurkan kita supaya kita menyegerakan
solat. Jika solat dilaksanakan tepat waktu maka anak akan rajin untuk solat dan
akan menjadi kebiasaan.
4. ISTIQAMAH DALAM SOLAT
4. ISTIQAMAH DALAM SOLAT
Sebagai manusia biasa
tentu pernah berasa malas untuk solat. Namun dalam bab ini rasa malas harus
dihilangkan. Begitu juga dengan anak-anak, ketika kita malas solat jangan
sekali-kali menunjukkan hal tersebut dihadapan anak-anak. Berilah sikap dan
teladan yang baik dengan tidak menunjukkan sikap malas. Dan ketika anak tidak bersemangat
untuk melakukan solat, maka cuba memahami mereka. Cuba beri kata-kata semangat dan
bertanyakan penyebab mereka tidak mahu solat
5. MEMBERI HUKUMAN JIKA MEREKA TIDAK SOLAT
Bolehkah menghukum
anak yang tidak mahu solat? Boleh, jika anak sudah masuk masa baligh dan
memberikan hukuman yang mendidik. Apakah bentuk hukuman yang mendidik tersebut?
Hukuman haruslah bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. Contohnya, anak
membaca al-fatihah secara terburu-buru. Maka hukumannya, membaca surah tersebut
sebanyak 3 atau 5 kali. Dengan memberikan hukuman ini diharapkan si anak tetap
rajin untuk solat. Jika hukuman tidak membuatkan anak berubah maka hukumannya
perlu ditingkatkan lagi. Contoh yang lain, jika anak tidak solat maka
hukumannya tidak boleh bermain selama 1 minggu. Hukuman ini cukup berat bagi
anak-anak. Yang penting ialah dalam memberikan hukuman tidak memberi tekanan
kepada emosi dan fizikal mereka..
.
.
Meera amat
berharap tips yang diberikan moga dapat diamalkan selalu agar dapat melahirkan
generasi solat.
.
Tips Ini daripada : Pn. Meera >>> Stokis Raudhah IQ
p/s : tips ini adalah hak terpelihara. Sila mohon izin jika
berminat
.
.
.
ANAK ADA MASALAH DALAM PELAJARAN..?
# susah tangkap apa yang diajar
# susah fokus
# lemah matematik
# tak bersemangat ketika belajar
# banyak bermain semasa belajar
.
Nak cuba berikhtiar masalah tersebut..
.
bagaimana dengan masa depan mereka jika kita biarkan saja
masalah tersebut.
Jika kita sebagai ibu bapa yang tak bantu mereka, SIAPA LAGI
KAN..??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan